baca dengan perlahan-lahan tapi pasti
http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/mualaf/14/12/23/nh14z7-empat-pertanyaan-hendri-tyas-waluyo-sebelum-memilih-islam
Rabu, 24 Desember 2014
Jumat, 21 November 2014
Cerita nyata seorang tabi'in yang tidak dikenal didunia tetapi dikenal dilangit ia adalah "UWAIS AL-QARNI"
Pada zaman Nabi Muhammad
S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang
panjang, berpenampilan cukup tampan.Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel
di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada
tangan kirinya. Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua
helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya
digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal
dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari
Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru
dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah
bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan
tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni'
siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya,
apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan
dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya. Tidak kurang juga yang
menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam
umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang
fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya
dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima
lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti
orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak
daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak
saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya.
Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya
sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya
hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila
ada uang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup
miskin dan serba kekurangan. Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat
ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap
melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk
Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah
telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa,
yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang
terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri
Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya
kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk
mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman,
mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais
apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu
telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia
sendiri belum berkesempatan. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan
kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia
tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya
yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang
ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi
perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari
batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais. Dia
segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai
bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim
berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak
dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah
ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu
yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan
ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk
berjumpa Rasulullah. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya.
Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan
untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Sang ibu, walaupun telah
uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham
hati nurani anaknya, Uwais dan berkata, "Pergilah wahai anakku!
Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali
pulang." Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia
tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta
berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala
persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang
berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun
gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan
begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui
demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang
selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di
kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu
sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil
menjawab salam Uwais. Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin
dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di
medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi
yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin
menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang. Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di
telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang
ke Yaman.
"Engkau harus lekas
pulang." Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara
hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W. Dia
akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah
R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah
pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan
perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang
mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak
yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di
langit. Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah
R.A dan para sahabatnya terpegun. Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang
benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana
ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya
terlalu lama.
Rasulullah S.A.W
bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais
al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak
tangannya."
Sesudah itu Rasulullah
S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah
doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan
tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina
Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A. Suatu
ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni,
sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk
mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman,
mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama
mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya
yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari
Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qarni
turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada
rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan
sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama
mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang
menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau
berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah
tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam.
Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya,
Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan,
Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untukmembuktikan kebenaran tanda
putih yang berada di telapak tangan Uwais,sebagaimana pernah disabdakan oleh
baginda Nabi S.A.W. Memang benar! Dia penghuni langit.
Dan ditanya Uwais oleh kedua
tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua
sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah,
yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama
saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka,
diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.Itulah sebabnya, dia baru
dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar
dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata
kepada khalifah,
"Sayalah yang harus
meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais,
Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini
untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat
ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan
istighfar. Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan uang
negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja
Uwais menolak dengan halus dengan berkata, "Hamba mohon supaya
hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba
yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama
Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya. Namun, ada seorang
lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas
kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin
taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya, hempasan ombak menghentam
kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin
berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut
berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada
kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian
itu.
"Wahai waliyullah,
tolonglah kami!"
Namun, lelaki itu tidak
menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah
memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada
kami dan berkata,
"Apa yang
terjadi?"
"Tidakkah engkau
melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri
kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah
melakukannya."
"Keluarlah kalian
daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada
kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih.
Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta
isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada
kami,
"Tidak apalah harta
kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin
tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan
singkat.
Kemudian kami berkata lagi
kepadanya, "Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah
milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah
mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada
orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan
solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap
salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan
meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan
seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian,
tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada
saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk
memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah
ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang
pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang
menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan,
luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah
menjelaskan,
"Ketika aku ikut
menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya,
lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya,
akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah
adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa
pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni
telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian
banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan
pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga
jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang
yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman
tercengang.
Mereka saling
bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang
tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari
wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya
manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah
sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para
malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan
pemakamannya.
Baru saat itulah penduduk
Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni,
tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
Ada diceritakan
juga setiap pagi Uwais akan memikul anak lembu naik bukit dan memikulnya turun
pd petang hari dari anak lembu hingga lembu menjadi besar, ramai yg
mengganggapnya gila..kesan dari perbuatannya itu, otot uwais menjadi kuat
sehingga membolehkan beliau mendukung ibunya utk mengerjakan haji dari Yaman ke
Makkah..
ahu tak bagaimana
ada putih ditelapak tangannya? Uwais dulu mengalami sakit sopak yg serius. Ibu
Uwais yg tahu akan kelebihan anaknya meminta Uwais supaya berdoa pada ALLAH
supaya dihilangkan penyakit sopak, Uwais agak keberatan kerana redha dengan
ketentuan ALLAH yang ditakdirkan ke atasnya tetapi kerana tidak mahu
menghampakan permintaan ibunya, Uwais berdoa "Tolonglah Ya ALLAH kerana
ibuku menyuru aku berdoa, aku bermohon hilangkan segala yang putih pada badanku
melainkan tinggalkan sedikit” . Dengan izin Allah penyakit sopaknya itu sembuh.
Kecuali yang tinggal warna putih sebesar duit syiling di telapak tangan.. ada
riwayat yg mengatakan di tengkuknya.. Wallahua'lam..
download disini https://www.youtube.com/watch?v=IOe-b8Ii1EA
download disini https://www.youtube.com/watch?v=IOe-b8Ii1EA
Langganan:
Postingan (Atom)